Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Eyka Farhana Bertunang Dengan Akhyar Rashid Ogos Lalu

today4 November 2024

Background

Tiada angin tiada ribut, pelakon Eyka Farhana rupa-rupanya sudah sah bergelar tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada bulan Ogos.

Eyka berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan momen-momen pertunangan mereka berlangsung pada 4 Ogos lalu.

Pasangan kekasih itu kelihatan manis berpakaian sedondon berona coklat dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh keluarga mereka sahaja.

Foto tersebut turut memaparkan sebuah kek tertera tarikh 4 Ogos 2024 dan cincin berjenama mewah daripada Tiffany & Co.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut mereka meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menanti hari bahagia mereka.

Difahamkan, Eyka dan Akhyar mula menjalin cinta pada 2020.

Bagaimanapun, sebelum ini Eyka pernah menafikan dakwaan dia sedang membuat persiapan menamatkan zaman bujang.

Written by: Aqilah


Previous post