Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Eyka Farhana Rancang Mendirikan Rumah Tangga Tahun Depan

today6 November 2024

Background

Selepas mengejutkan ramai peminat apabila berkongsi foto pertunangannya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pelakon Eyka Farhana kali ini memaklumkan dia bakal menamatkan zaman solonya pada tahun depan.

Katanya, dia dan Akhyar merancang untuk bernikah pada tahun depan namun masih belum sedia mendedahkan tarikh perkahwinan kepada umum.

Bagaimanapun, Eyka atau nama penuhnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, berharap agar semua peminat dan orang di luar sana mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

“Doakan yang baik-baik untuk saya dan semoga dipermudahkan urusan sampai ke hari perkahwinan. Insya-Allah tahun depan,” katanya kepada pemberita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka Farhana ✨ (@eykafarhana)

 

Dalam pada itu, Eyka juga berasa gembira dan bersyukur apabila dia kini berada di fasa baharu iaitu menjadi tunangan orang.

“Alhamdulillah rasa lebih tenang dan sudah tentu saya gembira. Apapun doakan saya ya,”jelasnya.

Terdahulu, selepas hampir lima tahun menjalin cinta, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid akhirnya selamat mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos lalu.

Walaupun tidak berkongsi secara terperinci mengenai pertunangannya itu,  Eyka hanya memuat naik kapsyen ringkas beserta beberapa foto menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Difahamkan, majlis pertunangan Eyka dan Akhyar juga diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN:Eyka Farhana, Akhyar Rashid Sah Bertunang Ogos Lalu

ARTIKEL BERKAITAN:Eyka Farhana Belum Bersedia Tutup Aurat, Hargai Kritikan Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Eyka Farhana Nafi Sedang Buat Persiapan Kahwin Bersama Akhyar Rashid – “Jika Ada Tarikh Rasmi… Saya Sendiri Akan Maklumkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tak Laku & Takut Hilang Job, Eyka Farhana Nafi Kahwin Senyap-Senyap -“Kalau Boleh Saya Nak Bagitahu Semua Orang!”

ARTIKEL BERKAITAN:Akhyar Rashid Penguat Semangat Eyka Farhana, Tunggu ‘Seru’ Untuk Berkahwin – “Siapa Tahu Pada Tahun Depan…”

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post