Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Eylia Guntabid Tersingkir & Gagal Mara Ke Peringkat Separuh Akhir

today27 January 2025

Background


Lima peserta CSOIAM iaitu Jimi, Marygrace, Kai Deva, Mariam dan Zazzleen menempah tiket ke pentas separuh akhir, Ahad depan 2 Februari.

Penampilan Eylia yang berduet bersama Khai Bahar ketika menyampaikan lagu Dua Insan Bercinta kurang menambat hati juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan termasuk juri jemputan, Alif Satar.

Pada konsert CSOIAM suku akhir bertemakan ‘Saling Menyengat, Fizz Sangat’, Jimi berduet bersama Amir Masdi, Marygrace (Aisha Retno), Kai Deva (Haqiem Rusli), Mariam (Marsha Milan) dan Zazzleen (Shiha Zikir).

Bagi konsert separuh akhir bertemakan Melodi Cinta Kita, kemungkinan seorang peserta bakal berdepan penyingkiran sebelum empat finalis berentap pada konsert akhir, pada 9 Februari ini.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post