Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ezzanie Jasny Beri Pesanan – “Nak Bergurau, Ada Hadnya”

today4 July 2025

Background

Pelakon meningkat naik, Ezzanie Jasny menzahirkan rasa kurang senang terhadap gurauan melampau sehingga menyindir secara halus.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ezzanie menegaskan setiap individu mempunyai batas tersendiri dalam menerima sesuatu gurauan.

“Ada masanya, bukan kita tak sporting. Tapi bila ‘gurauan’ tu mula rasa macam sindiran, it’s okay to step back. Kita ni pun ada limit jugak.

“Kalau nak gurau biar berpada-pada jugak ye awaknya. Hehe,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi dalam kalangan pengikutnya yang turut bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.

Written by: Aqilah


Previous post