Hot FM

Fadhlina arah program penceramah bebas dihenti serta-merta


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek sudah meminta Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.
PETALING JAYA:

Semua program melibatkan seorang penceramah bebas di sekolah dihentikan serta-merta sehingga siasatan penuh berhubung dakwaan yang sedang tular di media sosial selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata dakwaan itu serius kerana membabitkan keselamatan dan perlindungan murid.

Beliau sudah meminta Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

“Saya mengambil maklum beberapa dakwaan yang sedang tular di media sosial melibatkan seorang penceramah bebas yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.

“Buat masa sekarang saya telah mengarahkan semua program melibatkan penceramah bebas berkenaan dihentikan serta-merta bagi memberi ruang kepada siasatan penuh dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Fadhlina turut menyeru individu yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan polis bagi memastikan anak-anak mendapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version