Hot FM

Fadhlina sumbang bantuan kepada budak cedera dipukul ibu


Abu Seman Mat Karim
Pegawai Khas Menteri Pendidikan Abu Seman Mat Karim menyerahkan bantuan kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu di bilik sewa ibu bapanya di Jejawi, Perlis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang cedera selepas dipercayai dipukul ibunya di Perlis Ahad lepas mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina yang diwakili Pegawai Khas Abu Seman Mat Karim hari ini menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu, yang ditemani bapanya berusia 28 tahun serta neneknya.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Perlis Ku Chik Ku Mat Esa, serta wakil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai.

Bercakap kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan itu di bilik sewa ibu bapa kanak-kanak itu di Jejawi, Arau, neneknya mengucapkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version