Hot FM

Fadillah tolak gesaan Upko untuk wujudkan perjanjian persekutuan baharu



Fadillah Yusof berkata pelaksanaan tuntutan di bawah MA63 masih berlangsung.

KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak gesaan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau untuk perjanjian persekutuan baharu selepas pihaknya mendakwa kerajaan gagal merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Fadillah Yusof yang juga ketua whip GPS mempersoalkan sekiranya Tangau menyedari terdapat pencapaian di bawah MA63, seperti pembayaran dan peruntukan dana daripada kerajaan pusat kepada Sabah dan Sarawak.

“Apa yang dia (Tangau) maksudkan perjanjian itu gagal direalisasikan?”

“Sudah tentu ia (MA63) masih dalam proses,” kata Fadlillah selepas menghadiri satu acara di sini.

Ketika ditanya sama ada perlu ada perjanjian persekutuan baharu, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata ia tidak boleh dilaksanakan.

“Anda tidak boleh membuat perjanjian baharu kerana perjanjian itu ditandatangani semasa pembentukan Malaysia

“Kita perlu bekerja dalam hal itu,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version