Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fadlan Hazim Terbang Ke Kazakhstan Jumpa Famili Kekasih

today2 December 2022

Background

Pelakon Fadlan Hazim menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet apabila beberapa foto dan video mesra menunjukkan dirinya dan seorang wanitaΒ  didakwa teman wanitanya tular dimedia sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok milik wanita yang dikenali sebagai @Aiya, dia kelihatannya kerap berkongsi video mesra mereka berdua sehingga ada dalam kalangan warganet yang mempersoalkan status pelakon itu.

Fadlan sebelum ini memaklumkan kepada media bahawa dia kini masih single dan tidak mempunyai kekasih hati.

@aiya.kzπŸ˜‚ sorry sayang♬ Mink Mink Mink

 

Apa yang mengejutkan ramai pihak, Fadlan bukan sahaja dilihat beraksi mesra bersama teman wanitanya, malah dia juga didakwa pulang ke kampung halaman Aiya di Kazakhstan untuk bertemu dengan ahli keluarganya.

“Dia datang ke Kazakhstan untuk meminta restu daripada keluarga saya,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

@aiya.kz♬ I Choose – From The Netflix Original Film “The Willoughbys” – Alessia Cara

 

Malah,Β  ada beberapa video pasangan ini yang menunjukkan kedua-duanya sedang dalam fasa perhubungan yang serius termasuklah terdapat sebuah video yang diambil dihadapan cermin dengan kapsyen tertulis, “I kill everyone who touches you”.

@aiya.kz His personality πŸ‘ΌπŸ»πŸ₯🐢 #shouldbeme #couple #tiktokmalaysia ♬ original sound – Lucy

@aiya.kzThank you for making me smile πŸ€β™¬ Originalton – Saletherapy🎢

 

Menjengah diruangan TikTok berkenaan, pasangan ini turut kerap menghabiskan masa bersama-sama sejak April lalu.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis Fadlan masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perhubungannya itu.

Written by: Aqilah


Previous post