
Seorang pemimpin Sarawak menyeru pihak berkuasa persekutuan memahami keperluan mewujudkan lebih banyak kerusi DUN di negerinya, dengan mengambil kira faktor geografi dan keluasan selain jumlah penduduk.
Speaker DUN Asfia Awang Nassar mengambil contoh Parlimen Bintulu yang merupakan antara kawasan terbesar di Sarawak dengan 120,000 pengundi; perjalanan dari Kuching ke Ba’kelalan yang perlu transit di Kota Kinabalu, Sabah; dan pemantauan di Hulu Rajang menggunakan helikopter.
“Adalah mustahil bagi seorang Ahli Parlimen untuk menjaga kawasan yang terlalu luas dengan berkesan,” katanya, lapor Utusan Borneo.
DUN Sarawak meluluskan satu rang undang-undang untuk menambah bilangan kawasan daripada 82 kepada 99, pada Julai tahun lepas.
Asfia berkata Sarawak masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan…