Menteri komunikasi dan digital itu berkata, pelbagai aduan mengenai perkhidmatan Telegram diterima, justeru perbincangan penting bagi mencari penyelesaian segera.

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan Telegram boleh dikenakan tindakan, jika terus mengabaikan jemputan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung beberapa aduan, kata Menterinya, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan mengenai perkhidmatan disediakan platform itu, berkaitan keselamatan awam, aktiviti jualan bahan terlarang, “scammer” serta pornografi, justeru perbincangan dengan penyedia perkhidmatan itu penting bagi mencari penyelesaian segera.
“Kita akui hadapi masalah dengan pihak Telegram. Walaupun dijemput untuk bertemu sejak Januari lepas, sehingga hari ini mereka enggan beri…