
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap peluang bagi penggiat industri kreatif golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk mempamerkan bakat sambil mencari rezeki demi kelangsungan hidup dipertingkatkan.
Fahmi, yang sebelum itu hadir ke sesi libat urus industri kreatif OKU bersama Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB), berkata ramai OKU termasuk yang mempunyai masalah penglihatan memiliki bakat yang boleh diketengahkan.
Beliau berkata, Kementerian Komunikasi akan meneliti potensi besar bakat dalam kalangan OKU penglihatan termasuk dalam bidang muzik, pengacaraan dan penyiaran.
Antaranya termasuklah menerusi agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) merangkumi filem dan animasi serta peluang penyediaan geran, sokongan atau program khusus bagi pemuzik OKU menerusi MyCreative Ventures.
“Saya lihat banyak bakat yang boleh kita…