Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Fahmi pertahan SKMM, kompaun RM250,000 Era FM bukan dikena ‘sembarangan’

today12 March 2025

Background


Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kuantum kompaun dikenakan SKMM mengambil kira pihak yang bersalah ‘bukan individu, tetapi sebuah syarikat yang menjana pendapatan tinggi setiap tahun’.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempertahankan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang dikatakan tidak adil mengenakan kompaun yang besar terhadap stesen radio popular Era FM selepas tular video penyampainya mempersendakan agama Hindu.

“SKMM bukan bertindak sembarangan. (Tindakan itu) dapat persetujuan timbalan pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media anjuran kementeriannya di Angkasapuri semalam.

Mengikut Seksyen 243(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, SKMM boleh mengenakan kompaun ke atas kesalahan yang ditetapkan bawah perundangan, dengan keizinan bertulis daripada pendakwa raya.

Fahmi berkata, Maestra Broadcast Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan media Astro…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Minderjeet Kaur


Previous post