
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersetuju dengan saranan pemimpin Umno, Puad Zarkashi, supaya Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dirombak, selepas mendakwa kewujudan komplot ‘Langkah Dubai’.
Beliau bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk mengumumkan sebarang perubahan, namun mengesahkan fungsi tugas J-Kom perlu ‘penyesuaian’.
“Memang kita lihat perlu ada penyesuaian beberapa fungsi tugas selaras dengan hasrat kerajaan untuk dilaksanakan agensi termasuk J-Kom.
“Saya boleh sedikit sebanyak setuju dengan pandangan itu (rombak J-Kom),” katanya pada sidang media.
J-Kom yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) diletakkan bawah Kementerian Komunikasi mulai 13 Dis.
Minggu lalu, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop mendakwa wujud “Langkah Dubai” ketika percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru…