
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan syarikat telekomunikasi masih culas dalam menangani masalah liputan Internet di kawasan luar bandar walaupun mempunyai data yang mencukupi untuk mengenal pasti lokasi bermasalah.
Sehubungan itu, beliau akan memanggil semua syarikat telco bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendapatkan penjelasan dan mempercepat tindakan penambahbaikan di kawasan yang masih berdepan isu capaian Internet.
“Saya lihat ada satu sikap di pihak telco, mereka culas… kita ada data dan mereka juga ada data tetapi saya rasa data itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
“Rakyat mengharapkan 5G tetapi tahap kelajuan mereka menyelesaikan masalah pelanggan mungkin pada tahap 2G ataupun Edge,” katanya kepada pemberita selepas…