
PETALING JAYA: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim disenaraikan di bangku simpanan pada separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 di sini malam ini.
Faisal yang masih dalam proses pemulihan susulan menjadi mangsa simbahan asid turut dilihat bersama rakan pasukan ketika sesi panas badan sebelum perlawanan itu.
Selangor dijadual menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 selepas tewas 2-3 dalam aksi pertama.
Sejurus memasuki padang bersama pasukan, tonggak utama skuad Harimau Malaya berusia 26 tahun itu bersujud di tepi padang sambil menerima sorakan dan tepukan gemuruh ribuan penonton yang membanjiri Stadium MBPJ.
Faisal yang lebih mesra disapa Mickey turut kelihatan memakai topeng muka…