

Analisis statistik kemalangan jalan raya menunjukkan faktor manusia masih kekal sebagai penyumbang utama kepada kes kemalangan maut, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Dalam kenyataan, Miros memaklumkan antara punca utama dikenal pasti ialah kegagalan pemandu melihat atau menyedari kehadiran kenderaan dan objek di hadapan atau di sebelah mereka, cuai ketika keluar atau masuk simpang serta jalan susur.
“Ia termasuk memotong atau menukar lorong secara berbahaya, leka, berangan, letih atau mengantuk. Corak ini menunjukkan bahawa kebanyakan kemalangan sebenarnya boleh dicegah melalui perubahan tingkah laku dan disiplin pemanduan yang lebih baik,” menurut kenyataan.
Miros berkata, statistik kemalangan oleh polis menunjukkan secara purata 13 penunggang motosikal maut setiap hari di Malaysia dan corak kemalangan merentas tahun juga menunjukkan mereka terus…