Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli memberi amaran bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpotensi berdepan hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jika masalah tunggakan gaji dalam Liga Malaysia gagal dihentikan.
Menurut kenyataannya dalam Berita Harian, FAM dan Malaysian Football League (MFL) selaku badan pengendali Liga Malaysia perlu segera menyelesaikan masalah berkenaan sebelum FIFA mengambil tindakan terhadap Malaysia.