Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan akan menyumbang RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tujuan pembangunan bola sepak negara.
Beliau berkata demikian pada Majlis pecah tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu FAM di Presint 5, Putrajaya pagi tadi. Ismail berharap sumbangan itu dapat membantu FAM melahirkan pemain yang berkualiti dan membangunkan fasiliti secara terancang bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.
“Dalam bola sepak, pembangunan pemain bola sepak bukan setakat infrastruktur yang canggih dan moden semata-mata kerana bola sepak negara hanya akan maju
apabila melibatkan pembangunan pemain yang sistematik bermula dari peringkat akar umbi dan seterusnya menggilap bakat mereka sehingga menjadi aset terbaik
negara.
“Pembangunan akar umbi yang mantap dan berkesan memerlukan semangat profesionalisme yang tinggi….