Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

FAM gantung Persatuan Bolasepak Kelantan

today24 December 2024

Background


persatuan-bola-sepak-malaysia-fam-Football-Association-of-Malaysia
Persatuan Bolasepak Kelantan menjadi ahli gabungan FAM kedua digantung selepas Persatuan Bolasepak Perlis.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kedua yang menerima tamparan hebat bulan ini selepas keahliannya digantung berkuat kuasa serta-merta bermula semalam.

Dalam kenyataan FAM hari ini, Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu secara majoriti menerusi keputusan bertulis bersetuju dengan cadangan tindakan untuk menggantung keahlian Kafa.

“Keputusan untuk menggantung Kafa ini dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli.

“Keputusan penggantungan ini telah dibuat berdasarkan surat FAM bertarikh 21 Dis 2024 kepada Kafa iaitu berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM berkenaan aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan Kafa Kali Ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Kafa bagi sesi 2024-2028,” menurut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Thamaraj, Ahmad Fauzan dinaikkan pangkat Sarjan

Kuala Lumpur: Kejayaan meraih kejuaraan dunia pada Kejohanan Pencak Silat Dunia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) membawa tuah buat pesilat negara, V Thamaraj apabila bakal dinaikkan pangkat daripada Koperal ke Sarjan berkuat kuasa 2 Januari depan.

today24 December 2024