Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Fama diarah hantar bekalan sayur ke kawasan alami kekurangan

today7 February 2023

Background



Mohamad Sabu berkata kajian dasar akan dijalankan bagi mengatasi masalah bekalan sayur di kawasan terlibat.

PUCHONG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) diarahkan memulakan langkah menghantar bekalan sayur di kawasan mengalami kekurangan bahan mentah itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata usaha itu bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur dialami ketika ini.

“Kita akan gerakkan jentera untuk kita pasarkan (sayur) dan kita tahu benda hidup ini berubah. Sekarang masalah telur atau ayam agak reda, datang pula masalah sayur.

“Kita juga akan buat kajian dasar supaya tempat kurang dapat dihantar,” katanya kepada selepas mengadakan lawatan ke loji pemprosesan sarang burung walit di Puchong.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya berkaitan kekurangan sayur di Melaka.

Mohamad bagaimanapun berkata, masalah kekurangan sayur masih lagi dapat dikawal.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan harga beberapa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post