Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Fama jangka bekalan kelapa pulih bulan depan

today24 December 2024

Background


coconut
Menurut Aminuddin Zulkipli, cuaca tidak menentu sejak tiga bulan lalu juga antara faktor menjejaskan proses pengeluaran buah kelapa di ladang tempatan dan negara pengeksport seperti Indonesia. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menjangkakan masalah kekurangan bekalan kelapa di pasaran akan pulih menjelang bulan depan, susulan laporan kenaikan harganya secara mendadak.

Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli, berkata Fama menerusi anak syarikatnya, Famaco juga telah meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia kepada 320 metrik tan sebulan bermula bulan ini berbanding 180 metrik tan sebelum ini.

Katanya, langkah terbabit bertujuan memastikan bekalan kelapa mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.

“Kemasukan bekalan import secara konsisten sejak awal bulan ini telah membantu menstabilkan harga kelapa di pasaran.

“Situasi ini dijangka semakin pulih dan memberi kesan positif kepada pengguna menjelang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post