
PETALING JAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) meningkatkan import kelapa sebanyak 30% sejak bulan lalu bagi menampung kekurangan bekalan di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahri, berkata 640,000 biji kelapa dibawa masuk dari beberapa lokasi di Indonesia, Sabah dan Sarawak sejak bulan lalu.
Menurutnya, kekurangan kelapa bukan hanya dialami di Malaysia, sebaliknya banyak negara menghadapi isu sama akibat musim melawas.
“Jika sebelum ini kita hanya dapat bekalan dari satu lokasi di Indonesia, iaitu Riau, namun selepas masalah bekalan berlaku, kita turut mendapatkan bekalan dari Palekbang, selain Sabah dan Sarawak,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tembikai di Kampung Haji Wan Omar, Pasir Puteh.
Beliau menjangkakan bekalan kelapa di pasaran akan…