Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

FamilyMart henti jual minuman alkohol di 360 kedai sejak Mac

today10 May 2023

Background


Ia sebagai langkah memastikan pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was di premis mereka.

Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai, berkata tindakan menghentikan penjualan minuman beralkohol tidak menjejaskan perniagaan FamilyMart. (Gambar FamilyMart)

PETALING JAYA: FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada pelanggannya.

Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai, berkata usaha berkenaan dilaksanakan sejak Mac lalu dalam memastikan pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was di premis mereka.

“Minuman alkohol adalah penyumbang kecil dalam perniagaan kami setakat ini. Jadi, kami menjangkakan kesannya adalah amat minimum dan kami menumpukan perbelanjaan kepada makanan dan minuman untuk menampung jualan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengumuman produk FamilyMart Malaysia iaitu FamiCafé di Menara U, di Shah Alam yang mendapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post