Hot FM

Fara Salleh Berhabis RM16,000 Selamatkan Kucing Kesayangan


Keputusan seorang personaliti media sosial untuk menidurkan kucing peliharaannya yang disahkan menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Nada Dari Dalam Perut Kau Dah Buang, Lahir Dalam Serba Kekurangan’ – Fara Salleh

Isu kucing ditidurkan

Tindakan tersebut menerima pelbagai reaksi, namun majoriti netizen menyuarakan ketidaksetujuan dan berpendapat masih terdapat alternatif lain yang boleh diusahakan bagi menyelamatkan haiwan kesayangan itu.

Isu berkenaan turut menarik perhatian Fara Salleh yang tampil berkongsi pengalaman peribadi menjaga kucing sakit.

Menerusi hantaran di Threads, Fara mendedahkan dia sanggup berbelanja besar dan mengetepikan rasa malu demi memastikan kucing peliharaannya mendapat rawatan terbaik.

Kepada Iman Azman, saya berhabis RM16,000 untuk rawatan kucing saya selepas disahkan menghidap kanser. Saya juga pernah dikecam kerana sanggup tadah muka minta sumbangan orang ramai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version