Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fara Salleh, Shuk Sahar Healing Bersama?

today22 August 2024

Background

Selepas isu kontroversi membabitkan pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh tular sejak beberapa hari lalu, pasangan itu sekali lagi mencuri perhatian apabila Fara dilihat memuat naik foto di Instagram Story miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Fara kelihatan berkongsi foto berupa pasport yang tertera nama Fara dan Shuk seolah-olah menggambarkan hubungan mereka kini ‘baik’.

“Healing,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Terdahulu,  Fara Salleh meluahkan rasa kesal mendirikna rumah tangga bersama suaminya selepas Shuk didakwa lebih mementingkan rakan-rakan berbanding dirinya.

Malah, Fara sebelum ini tampil menegur tindakan pelakon Iqram Dinzly dan rakan Shuk yang dikenali sebagai Raja Ridzuan Khai agar tidak menyibuk dalam urusan rumah tangganya.

“Bukan aku kahwin dengan kau ya Encik Iqram. Jangan sibuk hal aku.

“Stay away from us. Kau geram macam mana pun, kau tak ada hak nak masuk campur. Kenapa kawan lain okay kau semak! This group I mention before,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sound Iqram Dinzly, Fara Salleh Anggap Kawan- Kawan Shuk Menyemak!

ARTIKEL BERKAITAN:Iqram Dinzly Tak Ada Niat Masuk Campur Hal Rumah Tangga Shuk Sahar, Fara Salleh

Dalam pada itu, enggan terus menerus dilabel sebagai lelaki bermasalah, Shuk memaklumkan, seumur hidupnya dia tidak pernah bbercerita buruk tentang orang lain.

Malah, berharap agar orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum dan menilai terlebih dahulu dengan akal fikiran setiap perkara yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan Menyesal Kahwin Shur Sahar, Netizen Tegur Fara Salleh – “Kifarah Tu Tak Cepat Tak Lambat”

ARTIKEL BERKAITAN:Dedah Perangai Shuk Sahar, Iqram Dinzly Nasihat Jangan Percaya Fara Salleh – “Hati-Hati Dengan Wanita Akhir Zaman”

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Jalan Penyelesaian… Mengaku Menyesal Kahwin! Fara Salleh Minta Cerai Dengan Shuk Sahar – “Penat Kena Kongkong, Buat Semua Kerja Lelaki… Rimas!”

ARTIKEL BERKAITAN:Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”

Written by: Salma


Previous post