Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Farah Salleh Hanya Pertahan Hak, Tak Gentar Jika Shuk Sahar Mahu Saman

today30 August 2025

Background

Isteri pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, tampil dengan kenyataan balas selepas suaminya mendakwa dirinya menyebarkan fitnah.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fara menafikan dakwaan Shuk kononnya dia membuat kenyataan tidak berasas, malah mempersoalkan sikap suaminya yang didakwa gagal beri kerjasama dalam urusan mahkamah.

“Fitnah? Kenapa tak hadir mahkamah pertama sedangkan dah diberitahu? Bahagian mana yang kata saya jahat berterusan? Tindakan dan tanggungjawab dah ambil? Guna orang ketiga pun hasil tetap sama, tak mahu beri kerjasama.

“Kalau peribadi pun tak nak beri kerjasama, sama juga dengan ahli keluarga. Bahagian mana saya sentuh anak awak? Memang kena buat pengesahan nikah dan cerai untuk surat beranak. Jadi, nak putuskan apa di mahkamah kalau awak tak hadir?,” soalnya.

Fara turut menjelaskan dia terpaksa bersuara secara terbuka kerana tiada kata sepakat dicapai dengan Shuk, sekali gus menolak tuduhan kononnya sengaja memalukan suami.

Sebaliknya, Fara berkata, Shuk hanya memalukan diri sendiri apabila mengeluarkan kenyataan tanpa bukti.

“Saya tak gentar kalau awak nak saman sebab saya juga akan pertahankan hak saya dan anak saya.

“Saya bukan bodoh dan bukan perempuan untuk dipijak. Saya mahu tegakkan kebenaran sebab ini hak saya dan anak.

“Nak saman? Pastikan awak telus dengan peguam awak pasal isu sebenar,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Melampaui Batas” – Shuk Sahar Nafi Enggan Beri Kerjasama, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Written by: Aqilah


Previous post