
PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo di bawah kendalian Amerika Syarikat melakar pelbagai bentuk seksaan yang dikenakan ke atasnya, ketika disoal oleh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Farik Amin membuat lakaran itu dalam tempoh lima tahun terakhir penahanannya, atas nasihat peguamnya, Christine Funk.
Lakaran itu kemudian diserahkan kepada mahkamah tentera AS di Teluk Guantanamo, ketika kes dia dan seorang lagi rakyat Malaysia, Nazir Lep, dibicarakan pada Januari.
Lakaran yang telah dinyahrahsiakan itu diserahkan kepada mahkamah dalam usaha beliau memohon hukuman diringankan.
Menurut undang-undang mahkamah tentera, juri boleh pertimbangkan ‘sifat dan tempoh penahanan sebelum perbicaraan’ apabila menentukan hukuman sewajarnya atau mengesyorkan belas kasihan.

Pada…