Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Farisha Iris Bakal Tamat Zaman Solo Tahun Hadapan

today15 November 2023

Background

Penyanyi Farisha Iris mengakui mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga yang dirancang bakal diadakan akhir tahun hadapan.

Menurut laporan Kosmo!, pemilik nama lengkap Farisha Iris Asmadi itu berkata dia sedang membuat persiapan perkahwinan dengan meninjau lokasi dewan.

“Ya, memang betul saya ada perancangan mahu berkahwin, siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga?

“Namun, lambat lagi majlis itu, nanti saya akan uar-uarkan kerana yang penting bukan tahun ini, Insya-Allah hujung tahun depan.

“Hantaran dalam Instagram semalam saya sebenarnya saya tengok-tengok dewan, ingat senang nak buat persediaan kahwin ini, susah rupa-rupanya,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 24 tahun ini juga memaklumkan dia belum bersedia sepenuhnya kerana fokus tertumpu kepada pengajiannya.

β€œInsya-Allah nak kata bersedia itu belum lagi, tetapi buat macam mana.

“Sekarang ini nak habiskan pengajian di peringkat sarjana sehingga Januari 2024 dahulu,” ujarnya.

Terdahulu, Farisha Iris tampil memberi bayangan seolah-olah dirinya bakal mengakhiri zaman bujangnya, tidak lama lagi.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Farisha menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs).

Nama Farisha hangat diperkatakan apabila ramai yang mendakwa dia merampas tunangan orang.

Namun empunya badan menafikan dakwaan sebagai ‘penyondol’.

Sumber: Kosmo!

Written by: Aqilah


Previous post