Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Farizal Marlias Belum Pasti Diturunkan Berdepan Guangzhou FC

today14 April 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora kemungkinan akan menggunakan khidmat Izham Tamizi atau Haziq Nazli di posisi penjaga gol bagi menggantikan tempat Farizal Marlias yang mengalami kecederaan di kepala baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, keputusan sama ada Farizal akan beraksi atau sebaliknya bergantung pada sesi latihan terakhir JDT malam ini sebelum hadapi perlawanan pertama AFC Champions League (ACL) musim 2022 menentang Guangzhou FC esok.

β€œBelum pasti lagi. Kita akan lihat keadaannya ketika sesi latihan sebelum aksi menentang kelab dari China itu malah Farizal sudah pulih dan dia akan turun beraksi. Apapun belum 100 peratus pasti boleh beraksi pada perlawanan pertama ACL,” katanya pada sidang media.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post