Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

FashionValet: SPRM sita 11 beg tangan, jam jenama mewah bernilai RM200,000

today6 November 2024

Background


macc
Pengasas FashionValet Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dianggarkan bernilai RM200,000 dalam pemeriksaan di kediaman usahawan Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar hari ini.

Sumber berkata penggeledahan bermula 5.30 petang sehingga 8 malam itu membabitkan 12 pegawai SPRM yang turut disertai peguam pasangan berkenaan, lapor BH.

“Antara barangan disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pembongkaran terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurutnya, pasangan terbabit akan hadir lagi ke Ibu Pejabat SPRM esok untuk menyambung keterangan.

Sabtu lalu, media melaporkan SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

City diperintah bayar sebahagian besar gaji Mendy

London: Bekas pemain bola sepak Manchester City, Benjamin Mendy, sepatutnya dibayar sebahagian besar daripada gaji tertunggak sebanyak £11.5 juta (RM64.4 juta) selepas dia didakwa merogol dan melakukan serangan seksual pada 2021, menurut keputusan seorang hakim United Kingdom (UK).

today6 November 2024