Site icon Hot FM

Fattah, Fazura Mahu Jantina Anak Jadi Kejutan Selepas Selamat Dilahirkan

fattah fazura

Bakal bergelar ibu dan bapa pada hujung tahun ini, pasangan pelakon dan penyanyi Fattah Amin dan Nur Fazura enggan mengetahui jantina bayi pertama mereka dalam kandungan.

Fazura ketika ditemubual memaklumkan bahawa peminat tidak perlu meneka jantina bayi berkenaan sama ada perempuan atau lelaki.

Pelakon yang membintangi filem Dendam Pontianak itu juga menyatakan bahawa dia dan suami tidak akan membuat sebarang pengumuman sehingga bayi tersebut dilahirkan.

“Mohon doakan baby shirt dan Faz selamat melahirkan nanti,” ujarnya

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Exit mobile version