Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fauziah Ahmad Daud Tegaskan Isu Pinangan Bukan Gimik – “Saya Tak Cakap Pun Nak Bernikah”

today6 December 2022

Background

Seniwati tersohor, Fauziah Ahmad Daud menepis dakwaan kononnya dia bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat seperti yang tular, baru-baru ini.

Menurut Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ogy, 60, risikan dan pinangan yang dimaksudkan itu adalah untuk mengumumkan pementasan teater  Muzikal Wajah Rahsia Hati yang bakal diadakan  di Gateway Theatre Singapura pada 11 Februari 2023.

Tidak menyalahkan warganet dengan isu terbabit, Ogy bagaimanapun berterima kasih kepada mereka kerana sentiasa mendoakan kerjaya seninya selama ini.

“First and foremost apa yang saya maksudkan adalah benar, Hafeez Glamor datang merisik. Tahun 2017 dia datang merisik dia tunggu lima tahun untuk meminang dan setelah lima tahun dia masuk meminang dan saya terima.

“Majlis pula saya cakap minggu depan, jadi hari inilah majlisnya. Mereka yang berfikir tak diluar kotak.

“Ingat akak nak menikah, saya tak sebut pun saya nak menikah. Jadi, that part saya nak berterima kasih apda netizen yang banyak mendoakan saya,” katanya.

Ogy ditemui pada majlis pelancaran teater muzikal terbabit bertempat di Hotel Royal Chulan, The Curve, Damansara pada Isnin.

Sementara itu, Ogy menjelaskan sebarang isu yang timbul terhadap hantarannya itu bukanlah gimik semata-mata.

“Terus terang masa saya taip tu saya tak terfikir langsung pun. Gimik ke, apa ke, saya memang suka layer the text. Sampai orang berfikiran macam tu. nothing like that,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Majlisnya Minggu Depan” – Ogy Ahmad Daud Terima Pinangan?

Mengambil masa lima tahun untuk mempertimbangkan tawaran membintangi pementasan muzikal, dia mengakui belum cukup berani pada ketika itu kerana ini adalah sebuah pementasan yang berskala besar.

“Mungkin saya belum berani dan ada keyakinan kerana ini bukannya tugasan mudah. Apa yang ada dalam minda bukan hanya konsert yang selalu dipertontonkan.

“Jadi, ia adalah tanggungjawab besar buat saya. Saya tak anggap ia sebagai satu bebanan, lagi dicabar bertambah seronok kehidupan ini

“Banyak istikharah yang saya buat sebelum setuju terlibat dalam teater muzikal ini. Lima tahun, saya belum berani sebenarnya.

“Tetapi keyakinan dan kematangan diri membuatkan saya berani. Nak pegang panggung ini bukan satu kerja mudah. Saya yakin mampu untuk memberi persembahan terbaik,”ujarnya.

Untuk makluman, persembahan monolog tersebut turut mendapat sentuhan penulis skrip, Slen Fadzil dan Zurina Waji serta bakal diarahkan pelakon dan pengarah, Che Kem.

Written by: Salma