Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Favorite Couple” – Sering Kongsi Momen Sweet, Ramai Puji Hairul Azreen & Hanis Zalikha

today27 December 2022

Background

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagram yang berkongsi momen bersama isteri tercintanya, Hanis Zalikha sehingga berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Hairul mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sentiasa berada di sisi dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

“This beautiful lady is my wife @haniszalikha, Thank you for everything my love, you were always by my side sayang, through thick and thin, since I have nothing until today. Alhamdulillah, Allah blessed me with everything,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet memuji pasangan suami isteri ini memandangkan mereka saling melengkapi satu sama lain.

Malah, ada juga segelintir yang mendoakan agar pasangan suami isteri ini kekal bahagia hingga ke Jannah.

“She’s not just beautiful. But smart and has a heart of gold. Both of you are such inspirational icons. Hugs.

“The way you treat your wife, anak-anak, family sendiri dan mentua perlu dicontohi. That’s why you murah rezeki dan diperluaskan. Alhamdulillah.

“Family man. Insya-Allah makin murah rezeki seorang suami yang menjaga amanah Allah kepadanya. Doa seorang isteri yang bahagia terhadap suami Insya-Allah Allah swt makbul.

“Malaysia favourite couple! Semoga terus berbahagia dan membahagiakn bersama-sama hingga ke akhir hayat.

“Suka sangat tengok dia orang ni. Semoga mahligai yang dibina kekal hingga syurga. Aamin,” komen netizen.

Written by: Salma


Previous post