Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

FDI dari Jepun dijangka cecah lebih RM30 bilion tahun ini

today3 November 2023

Background


Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sehingga Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia, dengan pelaburan berjumlah lebih USD27 bilion. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangkakan pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun melebihi RM30 bilion tahun ini, didorong oleh sokongan berterusan daripada syarikat Jepun.

Menterinya, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sektor swasta di kedua-dua negara menyatakan keyakinan terhadap prospek perniagaan tahun ini, walaupun persekitaran perdagangan global mengalami kelembapan.

“Apabila kita melihat kepada ekonomi tempatan dan global, kita berharap pertumbuhan (perdagangan Malaysia-Jepun) akan berterusan, tetapi kita masih perlu melihat (kemajuan kerana terdapat) terlalu banyak ketidaktentuan sekarang dalam perdagangan global.

“Bagaimanapun, pelaburan adalah isu yang berasingan. Saya fikir (untuk) pelaburan, kami optimis,” katanya kepada pemberita…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post