Ia susulan pengumuman penghapusan sebahagian hutang atau pinjaman peneroka oleh kerajaan.

PETALING JAYA: Penyata hutang peneroka Felda bagi 2022 dijangka dikeluarkan hujung bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.
Katanya, ia susulan pengumuman penghapusan sebahagian hutang atau pinjaman peneroka oleh kerajaan.
Beliau berkata, edaran penyata hutang peneroka itu sudah lama dilaksanakan, iaitu mengikut jenis hutang atau pinjaman peneroka.
“Terdapat dua kategori utama hutang peneroka Felda, iaitu hutang ladang dan hutang sosioekonomi. Sebelum ini, peneroka terbabit dibekalkan penyata hutang mengikut jenis pinjaman melalui pejabat Felda di (tanah) rancangan.
“Dalam usaha menyediakan kemudahan secara berterusan,…