Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fesyen Keterlaluan Buat Ramai Nak Boikot? Ini Reaksi Aina Abdul

today2 June 2023

Background

“Saya terluka juga bila nampak komen seperti itu”

Demikian respons penyanyi Aina Abdul apabila penampilannya sebagai juri tetap dalam sebuah program realiti nyanyian dilabel narsisistik oleh sesetengah netizen.

Menurut Aina, dia menerima kritikan tersebut dengan positif dan menyatakan dirinya tidak boleh menghalang orang untuk memboikot dirinya.

“Kerana fesyen saya, saya terima kritikan itu dan saya akan cuba yang terbaik untuk tidak terlampau keterlaluan. Saya tak boleh halang untuk orang suka atau tidak suka saya.

“Apa pun saya akan teruskan karier saya, macam mana saya sekarang. Saya akan perbaiki apa yang saya rasa perlu diperbaiki tapi saya tak boleh halang untuk orang boikot saya.

“Dalam erti kata lain, saya harap juga dalam karier saya ada sisi yang bahagiakan mereka,” ujar Aina.

Saban minggu fesyen Aina sering menjadi tumpuan apabila tampil dengan gaya yang boleh dikatakan agak keterlaluan sehingga ramai mendakwa menganggu pandangan penonton di belakangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan Dengan Beluncas, Fesyen Aina Abdul Dikritik Netizen – β€œTolong Fikir Penonton Dekat Belakang”

Tidak berdiam diri, Aina menjelaskan situasi sebenar dengan menyatakan ‘team’ Aina sendiri yang duduk di kerusi belakangnya.

“Tak kisah berapa besar saiz yang saya pakai di kerusi juri itu penonton di belakang masih tidak nampakΒ  kerana platform kerusi juri tinggi.

“Bukan saya nak pertahankan diri saya, tapi saya perlu nyatakan kebenaran. Yang duduk di belakang saya adalah ‘team’ saya sendiri. Dan mereka juga ada cakap masih tak nampak bila saya pakai baju bersaiz kecil,” jelasnya.

Dalam pada itu, pemenang Juara Anugerah Juara Lagu ke-37Β  itu meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerja bersama pereka fesyen mudaΒ  tempatan.

“Ia adalah keinginan saya untuk berfesyen di luar kotak dan saya teruja apabila saya dapat bekerjasama dengan pelbagai pereka fesyen.

“Bukan sahaja pereka fesyen berpengelaman, tetapi saya ingin mengangkat sentuhan pereka fesyen baru ataupun muda sebagai pelapis yang bakal menggantikan pereka sedia ada kelak,” katanya.

Sumber: F8Buzz

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Jun Hao turut tersingkir

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao gagal meneruskan kejutan di Terbuka Thailand apabila kandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain India, Lakshya Sen, hari ini.

today2 June 2023