Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

FGV hasil minyak isirung sawit mentah pertama patuh EUDR

today8 August 2024

Background


fgv
Pengeluaran minyak isirung sawit mentah patuh EUDR bukti dedikasi FGV Holdings penuhi piawaian alam sekitar dan sosial global yang ketat. (Gambar FGV Holdings)

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd mengukuhkan komitmennya terhadap amalan mampan dengan mengeluarkan minyak isirung sawit mentah (CPKO) pertama mematuhi Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Pencapaian ini merupakan sebuah lagi detik bersejarah buat FGV yang menjadi antara syarikat Malaysia terawal dalam menghasilkan CPKO patuh EUDR, kata syarikat itu dalam kenyataan.

CPKO digunakan secara meluas dalam produk makanan dan penjagaan diri, termasuk ais krim bukan tenusu, marjerin, coklat, konfeksi, sabun mandi, dan sabun cuci yang dihasilkan mengikut standard ditetapkan EUDR.

EUDR adalah rangka kerja perundangan bertujuan memastikan produk diimport ke negara Kesatuan Eropah (EU) bebas aktiviti penebangan dan kemusnahan hutan.

Keupayaan FGV untuk menghasilkan CPKO patuh EUDR untuk pelanggan antarabangsa jelas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post