
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) memberikan penilaian positif terhadap persiapan menghadapi Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pengurus Besar Persekutuan Permotoran Bahrain (BMF) Abdulaziz Al Thawadi berkata Pengarah Perlumbaan F1 FIA Rui Marques bertemu penganjur pada Isnin ketika persiapan terakhir diteruskan untuk perlumbaan 2-4 Okt.
“Beliau gembira dengan persiapan itu,” kata Al Thawadi di sini pada Selasa.
Al Thawadi berkata, pihak Malaysia telah bekerja keras dengan hanya kira-kira 60 hari untuk mempersiapkan acara itu.
“Mereka cuba yang terbaik, walaupun mereka mempunyai (hanya) 60 hari. Banyak tekanan ke atas mereka, tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan segala-galanya dan untuk merealisasikannya, yang sebenarnya…