Badan bebas First Instance Body (FIB) memberikan penjelasan berhubung isu tunggakan pembayaran yang dikaitkan dengan kelab Kelantan Darul Naim FC bagi kitaran pelesenan kelab musim 2024–2025.
Merujuk kepada Artikel F.04 di bawah Kriteria Kewangan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024–2025, setiap pemohon lesen wajib membuktikan bahawa tiada tunggakan bayaran atau mempunyai pelan penyelesaian bayaran tunggakan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak…
