Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fify Azmi Nafi Tuduhan Ambil G*nja, Halalkan Duit RM15,000

today20 June 2022

Background

Pelakon Fify Azmi menepis tuduhan bekas pembantu peribadi (PA) yang mendakwa dia mengambil ganja.

Menurut Fify, dia kesal kerana bekas PA yang dikenali sebagai Nora tidak menjawab pertanyaannya mengenai wang RM15,000 dan berselindung dengan membuka aib dan melakukan fitnah.

β€œSaya sedar wang itu takkan dapat dipulangkan. Saya sendiri dah malas nak ambil tahu apa yang diperkatakan oleh dia.

β€œDia sendiri pun tahu fitnah ini memang berdosa, ia satu kesalahan besar! Lagi kita memfitnah orang, buka aib orang dan tak berkaitan pula dengan soalan saya iaitu di mana duit saya?

β€œAwak tak perlu buka aib orang sebab awak bukannya suci sangat, cermin diri dulu. Itu semua fitnah!

β€œBila ada masalah yang awak sendiri buat, awak dah bersalah dan tak tahu nak selesaikan, awak buka pula aib orang yang tak benar. Dia kena dekat akhirat nanti, biarlah Allah yang balas,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œNi Salah Satu PA Dari Neraka”- Kena Tipu RM15,000! Fify Azmi Serang Pembantu Peribadi, Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – β€œDia Tak Tahu Buat Invois…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rembat Duit RM15,000… Bekas PA Dakwa Fify Azmi Ambil Barang Terlarang?

Terdahulu, Fify membuat laporan polis terhadap bekas PA dan mendakwa wang hasil lakonannya dilarikan oleh Nora.

Nora memberi alasan dirinya tidak menyedari wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya oleh syarikat produksi dan turut mendakwa Fify mengambil barang terlarang.

Sibuk dengan urusan kerja dan tidak sempat untuk bertemu dengan pegawai penyiasat yang mengendalikan kes ini, Fify mahu ikhlas menghalalkan wang terbabit.

β€œSaya sendiri sibuk sangat, hari-hari ada shooting jadi susah nak bertemu dengan pegawai penyiasat yang menguruskan kes saya tetapi mereka banyak bagi update menerusi WhatsApp.

β€œUntuk saya memaafkan Nora, tak sebenarnya. Tapi, saya halalkan dan minta supaya Nora hentikanlah ‘meroyan’ macam itu, sebab kesian dekat dia. Kalau pertahankan diri macam mana sekalipun, awak keluarkan kenyataan macam itu semua orang nampak. Awak kena lagi teruk, jadi saya kasihankan dia.

β€œKena tetap halalkan, hati kena ikhlas. Saya dah reda, kalau ikutkan waktu awal-awal tempoh hari memang saya sedih dan saya kecewa. Jadi bila dah macam ini, reda sajalah. Lagipun tak apalah, duit boleh cari. Insya-Allah, saya percaya rezeki itu ada.

β€œSaya sendiri kasihan dengan dia. Bila perkara sebegini terjadi, bagaimana artis lain nak mempercayai dia dan mahu mengambil dia sebagai PA lagi selepas ini?” katanya.

Written by: Salma


Previous post