Pelakon Syazwan Zulkifly mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon Fify Azmi.
Memetik laporan mStar, Syazwan memberitahu hubungan mereka mula rapat sekitar Mei lalu selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama.
“Kami baru nak kawan, baru nak rapat. Dia pun baru lepas putus cinta. Jadi semuanya masih baru lagi.
“Saya dah lama kenal Fify, cuma kami rapat selepas berlakon sama. Hari-hari di lokasi dan kami banyak berbual, daripada situlah mula serius,” katanya.
Dalam pada itu, Syazwan berkata dia tiada masalah untuk berjumpa atau bekerjasama dengan bekas kekasih Fify yang juga seorang pelakon Nafiez Zaidi.
“Saya rapat dengan Fify selepas hubungan mereka putus. Saya pun ada berlakon sama dan hadir acara promosi filem bersama Nafiez. Kami okay saja,” jelasnya.
Sementara itu, Fify ketika dihubungi turut mengatakan dia selesa berkawan dengan Syazwan.
“Kami tidak rancang nak bercinta pun, mungkin dah jodoh untuk kami berjumpa dan rapat berdua.
“Apabila berada di lokasi dan sama-sama berlakon, saya rasa serasi dengan dia. Selama ini orang kata dia garang, rupa-rupanya Syazwan seorang yang kelakar,” ujarnya.
Terdahulu, Syazwan memuat naik hantaran di Instagram miliknya dan seorang wanita mengucapkan kata bakal rindu kepadanya.
Meskipun kabur, wanita itu dipercayai adalah Fify dan ramai peminat membuat spekulasi mendakwa pasangan ini sedang bercinta.
View this post on Instagram
ARTIKEL BERKAITAN: “I’m Gonna Miss You” – Muat Naik Video Romantis, Syazwan Zulkifly, Fify Azmi Kini Bercinta?