Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fikry Ibrahim Buat ‘Siri Jelajah’ Solat Jumaat – “At Least Kita Tahu Negara Lain Punya Khutbah”

today27 February 2023

Background

Pelakon Fikry Ibrahim sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan peminatnya selepas kerap berkongsi ‘siri jelajah’ solat Jumaat di beberapa buah negara, kebelakangan ini.

Siri jelajah tersebut sering dikongsikan oleh Fikry setiap hari jumaat menerusi platform media sosialnya, TikTok dan Instagram.

Malah, pelakon itu turut selitkan potongan video momen ketika khutbah dibaca di setiap negara yang kononnya dikunjunginya.

Terbaharu, Fikry telah memuat naik videonya yang kononnya pergi menunaikan solat Jumaat di Korea Selatan sambil mengenakan rambut palsu.

“DIJEMPUT SOLAT DI KOREA,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Dengan hanya menggunakan efek greenscreen, perkongsian itu juga menjadi content yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis terhibur dengan perkongsian tersebut.

Malah, ada yang meluahkan rasa kagum kerana pelakon itu turut mempamerkan penyampaian khutbah di negara lain.

 

Written by: Salma


Previous post