Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Filem Aksi Terbaharu ‘Blood Brothers’ Bakal Gegarkan Pawagam Bermula 10 April Ini

today5 March 2025

Background


Treler rasmi yang baru sahaja dilancarkan kini menggegarkan media sosial dengan adegan penuh intensiti, pertempuran mendebarkan, dan drama persaudaraan yang bakal menguji kepercayaan hingga ke titisan darah terakhir.

Arahan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, serta hasil nukilan Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, dan Ashraf Modee Zain, Blood Brothers menampilkan barisan pelakon hebat dan fenomenal Malaysia seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh, dan Amelia Henderson.

Blood Brothers mengisahkan tentang Ariff (Syafiq Kyle), seorang pengawal peribadi yang setia – dituduh mengkhianati saudara Naga yang telah membelanya. Dalam usaha membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff terpaksa mencari bantuan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly). 

Namun, perjalanan Ariff tidak mudah apabila dia menjadi buruan sahabat baiknya sendiri, Ghaz (Sharnaaz Ahmad), yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post