Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Filem Thor : Love and Thunder Tidak Ditayangkan di Malaysia

today28 July 2022

Background

Filem Marvel yang dinantikan ramai peminat, Thor : Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh dua syarikat pegedaran filem Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV) menerusi hantaran di akaun media sosial mereka.

Thor : Love and Thunder sepatutnya menemui penonton Malaysia pada 7 Julai lepas tetapi telah ditunda kepada 21 Julai.

Selepas penangguhan terbabit, tarikh tayangan filem edaran Walt Disney Studios Motion Pictures yang diarahkan oleh Taika Waititi itu berstatus β€˜belum ditetapkan’ atau To Be Announced (TBA).

Difahamkan, antara alasan filem ini tidak dapat ditayangkan di Malaysia adalah kerana unsur promosi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) terkandung dalam banyak babak serta elemen komedi melampau yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia.

Written by: Salma


Previous post