Site icon Hot FM

Filem Wajib Tonton 2020: ‘Host,’ Papar Kisah Seram Panggilan Zoom

Sekiranya wabak COVID-19 adalah satu-satunya kebimbangan yang anda rasakan semasa musim kuarantin, “Host” mungkin membuat anda berfikir dua kali!

Boleh ditonton menerusi laman sesawang Shudder, filem seram, yang diarahkan oleh Rob Savage ini mengisahkan 6 orang kawan yang berhubung melalui aplikasi Zoom dan memainkan satu permainan Call Spirit sehingga akhirnya ‘dikacau’.

Tetapi seram sangat ke filem ni?

Berdurasi hanya 56 minit sahaja, menurut netizen ia adalah satu konsep serta idea yang baru!

Host - Official Trailer [HD] | A Shudder Original

Penggambaran filem ini dilakukan semasa dunia sedang sibuk memutuskan rantaian COVID-19 dan disebabkan itu mereka berhubung melalui aplikasi Zoom!

Ramai turut memberi pendapat bahawa menonton filem ini sama seperti mereka berada dalam situasi pelakon-pelakon yang menjayakan filem seram itu.

Selamat menonton!

Exit mobile version