
KUALA LUMPUR: Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta’zim dan Sri Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Perkara itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang turut memaklumkan aksi final edisi ke-98 yang sepatutnya berlangsung pada 12 April itu ditukar selepas pertimbangan semula, susulan MFL menerima permohonan rasmi daripada Sri Pahang FC serta persetujuan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Daripada maklum balas yang diterima daripada pasukan finalis itu mendapati, kebanyakan penyokong mengharapkan agar tarikh Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia dapat dianjak ke tarikh baharu untuk membolehkan mereka merancang perjalanan ke SNBJ.
“Ini berikutan kekangan penyokong kedua-dua pasukan untuk mendapatkan tiket memandangkan…