Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Finas teliti cadangan tambah baik skim wajib tayang

today15 February 2024

Background


 

Sebelum ini menteri komunikasi meminta Finas mengkaji penambahbaikan skim wajib tayang bagi meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan. (Gambar Pexels)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang meneliti beberapa cadangan bagi menambah baik skim wajib tayang sebagai usaha meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Azmir Saifuddin Mutalib berkata antara cadangan penambahbaikan adalah menerusi suntikan dana dalam pembangunan skrip, dan pelan pemasaran.

“Untuk kita labur dalam satu produksi, perkara pertamanya adalah skrip… jadi kita akan uar-uarkan mengenai insentif untuk pembangunan skrip dalam masa terdekat.

“Tentang pemasaran pula, kita akan bekerjasama dengan pelbagai pihak antaranya stesen televisyen dan syarikat swasta mengenai peranan mereka dalam mempromosikan filem tempatan,” katanya selepas majlis penyampaian Insentif Tayangan Filem Cereka 2.0 (ITFC 2.0).

Finas juga mengadakan kerjasama dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post