Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Fitnah! Hishammuddin nafi kempen dalam kem tentera

today10 November 2022

Background



Hishammuddin Hussein dalam program jelajah undi BN Pahang, hari ini. (Gambar Facebook)

KUANTAN: Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat (PTD) Zamrose Mohd Zain membenarkan beliau berkempen di mana-mana kem tentera darat adalah fitnah.

Malah, Hishammuddin yang juga bendahari agung Barisan Nasional (BN) berkata beliau juga tidak pernah masuk ke kem tentera darat sejak hari pertama bermulanya kempen sepanjang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya sebelum ini turun ke kawasan saya sendiri di Sembrong dan kawasan lain di Johor. Kini saya berada di Pahang, jadi memang tidak ada masuk kem,” katanya kepada pemberita semasa ditemui dalam program jelajah undi BN Pahang.

Turut hadir calon BN Parlimen Kuantan Ab Hamid Mohd Nazahar dan tiga calon BN bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Kuantan iaitu Shafik Fauzan Sharif (Inderapura), Nara @ Nikman Nordin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post