Site icon Hot FM

Fitnah mampu gugat kestabilan, keharmonian negara, titah Agong


Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengajak rakyat mengambil iktibar daripada kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat budaya fitnah.

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini bertitah agar rakyat mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah yang mulia dalam pertuturan, dengan bercakap hanya mengenai kebenaran dan bersikap jujur, di samping menjauhi fitnah.

Baginda bertitah, hakikatnya perkataan yang kurang elok sama ada dalam tutur bicara mahupun ketika menulis di media sosial, kata-kata berbentuk cacian, nista dan dusta serta fitnah hanya menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

“Marilah kita mengambil iktibar daripada kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat budaya fitnah yang mendominasi dan membarah dalam kehidupan bangsanya,” titah baginda sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Titahnya, selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version