Site icon Hot FM

Fitnah vaksin mandatori cubaan calar imej KKM, kata KP kesihatan


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan mengingatkan rakyat tidak menyebar tohmahan dan fitnah yang boleh mencetuskan kegusaran rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dakwaan di media sosial berhubung rakyat Malaysia akan dipaksa mengambil suntikan “vaksin ISR” disangkal, selain dianggap cubaan tidak bertanggungjawab mahu mencalarkan imej Kementerian Kesihatan (KKM).

Berlegar di media sosial berkait dakwaan syarikat Sweden, Immune System Regulation, yang dikatakan akan memberikan suntikan paksa kepada rakyat negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, dalam kenyataan berkata tidak wujud vaksin ISR seperti didakwa, selain arahan sepertimana didakwa tidak pernah dikeluarkan KKM.

“Ini adalah fitnah dan tohmahan semata-mata dan boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia serta mencalarkan imej KKM,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau mengesahkan draf berkaitan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version